Search

Siakap Goreng Berenang Di Kuali Masak Sambal Ijo, PEDAS MENYENGAT! | Resepi Tok Di dapur Fendi

  • Share this:

Resepi Siakap Goreng Sambal Paling Senang Untuk Semua.

2 Biji Kombo Kasih Sayang Destinasi TV dan Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destin...​

Dalam episod kali ini, Fendi akan menggunakan Sambal Ijo yang digunakan sebagai kuah untuk Ikan Siakap Goreng kita. Resepi paling senang untuk semua orang. Jom dapatkan set kombo bumbu Sambaleena dan cuba untuk masak sendiri menu ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk tag @DESTINASI TV di Facebook atau Instagram.

Bahan Bahan Yang Diperlukan:

1 Ekor Ikan Siakap
2 Sudu Sambal Ijo Sambaleena
3 Bijin Cili Merah & Hijau
1 Biji Bawang Besar
1 Mangkuk Kecil Tepung Gandum
1 Mangkuk Kecil Tepung Beras
Gula & Garam Secukup Rasa
Serbuk Kunyit

Cara Penyediaan:

Mulakan dengan menyelar ikan mengikut teknik yang ditunjuk oleh Fendi di dalam video. Perapkan ikan dengan garam, gula, kunyit, tepung beras, tepung gandum dan biarkan selama 5 minit.

sementara menunggu, potongkan bawang besar, cili hijau dan potong dengan kecik atau berbentuk kiub.

Selepas itu, panaskan minyak dan mula menggoreng. Lihat dalam video teknik menggoreng yang diajar oleh Fendi. Selesai menggoreng, letak ikan di atas pinggan

Seterusnya, tumis bawang sehingga keemasan, dan letakkan 2 Sudu Sambal Ijo Sambaleena dan tumis sehinga separuh masak, letakkan cili dan sedikit air. Tumis sehingga pekat dan tuangkan di atas ikan yang di goreng tadi.

sangat mudah bukan? Selamat mencuba!

#destinasitv​​ #resepitok​​ #resepimudah​​ #siakapsambalijo #sambaleena​​ #roadto500K

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.


Tags:

About author
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan. Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum. Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
View all posts